Privasi anda amat diutamakan di TikTok. Sama ada kami memperkenalkan ciri-ciri baharu atau membangunkan produk yang anda suka, kami akan terus menggabungkan prinsip privasi kami di sepanjang hayat produk kami.
Perkara yang kami lakukan
Kami terus berusaha untuk memastikan wujudnya perlindungan yang kukuh untuk menjaga keselamatan orang ramai. Kami memperkasakan komuniti kami dengan rangkaian alat untuk mengawal dan mengurus kehadiran dalam talian mereka dan kami telah membina ciri-ciri serta alat privasi untuk menyokong pengalaman bersesuaian usia pada platform kami. Sila lihat Dasar Privasi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dasar Privasi kami tersedia dalam pelbagai bahasa.